
Sulit
5 tahun
Risiko mkn kacang parang (G6PD)
Saya wanita yg berumur 30. Sy mmg tahu sy ada G6PD. 2 hr lpas d sbbkan sy tringin mkn kacang parang walaupun sy tahu risikonya. Alhamdulillah… Sy masih sihat sehingga saat ni. Doktor! Adakah sy perlu risau walaupun tiada kesan membahayakan setelah mkn kcg parang? Or sy perlu membuat pemeriksaan d hospital utk mendapatkan kepastian mengenai kesihatan sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, G6PD adalah kondisi yang amat jarang terjadi kepada wanita. Sebahagian besar wanita adalah pembawa (carrier) untuk gene G6PD. Sekiranya anda disahkan mempunyai G6PD, ini bermakna terdapat mutasi gene pada chromosome X anda
Sekiranya anda mempunyai G6PD dan memakan makanan yang dilarang, apa yang akan terjadi adalah sel darah merah akan pecah sehingga menyebabkan anda kekurangan darah. Gejalanya adalah tidak jelas, seperti:
- pucat
- tidak bermaya atau letih
- pening
- degupan jantung yang laju
- sukar bernafas
- sakit dada
- jaundis (kekuningan) - boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh
Jika ini berlaku, adalah dinasihatkan untuk mendapat rawatan di hospital dengan segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.