
Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian bawah perut dan pinggang
saya gadis berumur 19 tahun saya mengalami sakit dibahagian bawah perut dan menyebabkan pinggang saya sakit… ia terjadi 4 hari yang lalu selepas saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar atau mungkin sembelit.paling sakit apabila saya bangun dari tidur dan berbaring…saya kurang makan dan susah untuk menjamah nasi… berat saya sekitar 36-37 kg dan ketinggian saya 156cm… ini pertama kali saya mengalaminya. semasa berumur 16 tahun saya mengalami sakit pinggang buat pertama kalinya dan selepas itu ianya mulai sakit dari semasa ke semasa… bolehkan saya mengetahui apakah punca dan akibat yang mungkin akan saya dapat?.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.