saidatulnisa9714
2 tahun
Sakit Belakang Bahagian atas
Assalamualaikm, saya wanita yang berusia 22 tahun. Saya merupakan pelajar universiti… Saya mengalami sakit belakang seminggu yang lepas… Hal ini terjadi disebabkan saya buat kerja duduk secara lama dan saya suka tidur di atas lantai tanpa sebarang alas… Kemudian saya beranggapan sakit belakang yang saya hadapi adalah sakit biasa disebabkan saya penat… Namun begitu setelah seminggu ia tidak hilang dan makin sakit sehinggakan saya tidak boleh duduk tegak dgn betul dan ketika saya hendak solat atau melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan saya tunduk dan bagun… Ia sangat sakit… Saya ingin bertanya adakah sakit belakang saya ini serius dan perlukah saya berjumpa dengan doktor ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.