
Sulit
3 tahun
Sakit belakang , sakit pinggang , sukar bernafas & sakit tulang rusuk
hampir setiap hari saya sering sakit pinggang , sakit tulang rusuk , sukar bernafas dan sakit belakang . setiap kali berjumpa doktor katanya hanya angin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan sakit belakang, sakit pinggang, tulang rusuk serta kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh terjadi akibat pelbagai perkara.
Kesakitan yang dialami boleh berkaitan dengan jantung, tulang, otot, paru-paru atau sistem pencernaan.
Memandangkan anda telah berjumpa doktor dan gejala yang dialami masih tidak sembuh, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Anda juga boleh dirujuk kepada pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.