
Sulit
3 tahun
Sejuk menggigil waktu malam
HI Dr…saya secara tiba2 akan terbangun tido sejuk menggigil waktu malam wlpon sudah memakai blanket.ianya berlaku kurang 1 minit…dan krmbali normal…jarang berlaku tapi kerap kena…last saya buat ujian tiroid pada jan 2019.result normal…perlukah saya buat ujian itu semula.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah sejuk menggigil pada waktu malam. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Cuaca atau persekitaran yang sejuk
- Kurang rehat
- Kurang gula di dalam badan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan tibi
- Masalah hormon tiroid terlebih (hipertiroid)
- Leukemia (kanser darah putih)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Gangguan metabolisme atau homeostasis tubuh
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan menentukan sama ada ujian tiroid diperlukan ataupun tidak…
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.