asmanlikku
7 tahun
Selalu sendawa kembung perut berdebar debar perasaan takut lemah tubuh badan
Saya umur 32 tahun terkadang mengalami masalah pedih ulu hati kembung perut perasaan berdebar bahu leher terasa lenguh dan sendawa banyak rasa MCM nak muntah ada lemas ada
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam/Masalah GERD (relux asid)
- Batu pada saluran hempedu.
Bagi masalah tersebut, garis panduan yang biasa diikuti adalah dengan memberikan anda dengan rawatan yang ringkas. Ubat seperti omeprazole boleh mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati. Selain itu, satu lagi jenis ubat yang boleh diberi adalah anti-histamin. Selain ubat-ubatan, anda juga disarankan untuk mengurangkan berat badan, elakkan dari merokok serta tidak terus baring selepas makan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.





































