Anonymous
2 tahun
Silent misscarriage ke?
1/3 pukul 12.30tgh malam sy bleeding selama 30minit. Keluar fresh boold & blood cloth. So pada 23/3 sy telah ke KK untuk sahkan kehamilan tapi upt yg dibuat di KK -ve. Ultrasound pulak nampak seperti molar pregnancy. Doctor bg date26/3 utk refer gynae. Selepas 1 hari warded doctor bgtau bukan molar pregnancy due tu hcg level sy rendah. Buat tvs doctor bgtau mungkin sy mengalami silent misscarriage. Sbb nampak yg mcm saki baki tak keluar habis. So bg perempuan mcm sy yg tak pernah dpt +ve upt sebelum nie nak tanya is it possible yg saki baki yg doctor nampak di ultrasound itu ialah saki baki kandungan yg tak menjadi? And doctor jugak sarankan utk cuci rahim sbb kan keadaan dinding rahim nampak sedikit tebal. Ape yg buat sy tertanya2 betul ke sy keguguran? Betul ke terjadi nya pregnancy itu? Kenapa upt sy buat di rumah sebekum bleeding nampak line samar?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
Mengenai keputusan ultrasound, kemungkinan saki-baki yang masih ada adalah kesan dari dinding rahim yang tebal.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.