rishini83
7 tahun
Suami mengalami PE sejak baru2 ini
Salam Dr.
Sy mempunyai 2 anak dan memcuba utk anak ke3…
Tetapi kali ini setiap kali mencuba
Suami alami PE…
zakar tidak tegang…
Sebelym dpt dipancutkan ia menjadi lembik dan terus keluar…
Suami pun cepat merasa letih kerana kakinya tidak dpt dilipat lama kerana kemalangan sebelum
dia khawin…
Bagaimana cara sy mengatasinya Dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





















