
Sulit
3 tahun
Suami minum air ketum
Adakah suami saya minum air ketum menyebabkan saya susah dapat anak. Saya dh check di hospital dan memaklumkan rahim saya tiada masalah

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengambilan air ketum ini memberikan banyak kesan sampingan. Antaranya:
- personaliti lebih agresif
- keradangan usus
- mati pucuk
- mual/loya
Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh menjejaskan rumah tangga. Maka, saya sarankan suami anda berhenti mengambilnya bukan hanya sehari namun selama-lamanya.
Masalah kesuburan lelaku juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.