
Sulit
4 tahun
Surat dari doktor psikiatri
Salam, saya seorang pelajar. Namun sekarang saya ditangguh kolej. Pihak kolej meminta surat doktor jika saya ingin kembali ke kolej. Boleh saya tahu, apabila kita dirujuk ke klinik psikiatri buat kali pertama… Dan buat kali pertama bertemu pakar, adakah boleh kita memohon surat doktor mengenai masalah kesihatan kita? Dan berapa lama untuk surat doktor siap? Adakah mengambil masa sehari atau minggu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, bagi mendapatakan surat daripada doktor, anda perlu berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Kebiasaanya tidak ada masalah untuk pesakit dapatkan surat yang menyatakan tentang tahap kesihatan pesakit, lebih-lebih lagi untuk rujukan pihak kolej.
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.