Sulit
6 tahun
Sy nk tanye…sy ada ulser atau luka dibahagian rongga
Sy nk tanye…sy ada ulser atau luka dibahagian rongga…sy berasa tak selesa dibahagian belakang rongga tersebut…perlu ke sy rujuk dktr Ent yg merawat sy semula…atau kena pergi klinik kesihatan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Kebiasaannya. pakar ENT akan merawat masalah yang telah dirujuk oleh doktor biasa ataupun mana-mana hospital serta klinik yang kurang kepakaran dalam bidang tersebut. Oleh itu, anda boleh pergi ke klinik biasa dan jika masalah tersebut perlukan rawatan susulan ENT, anda akan dirujuk ke sana kerana surat rujukan diperlukan untuk menghadiri sesi konsultasi dengan pakar kecuali hospital ataupun klinik pakar.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































