
Sulit
5 tahun
Tanda tanda anxiety
Hi doc. baru baru ni saya ada sakit kepala, berdebar, nervous. saya nak tahu adakah itu tanda tanda anxiety ? sebab saya rasa macam tu bila saya terlalu fikirkan yang saya dah buat yang terbaik tapi orang sekeliling tak rasa tu yang terbaik . bila fikir macam itu, saya jadi berdebar dan sakit kepala . time taip ni pun saya dah rasa berdebar .

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, antara ciri-ciri penyakit anxiety atau keresahan ialah:
- Berasa gementar, risau dan tertekan
- Merasakan bahaya semakin hampir
- Bernafas dengan laju
- Berpeluh
- Terketar-ketar
- Berasa lemah
- Susah untuk fokus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.