
Sulit
5 tahun
Terkena cucuk jarum pesakit
Saya wanita umur 22. Sy bekerja sebagai pembantu doktor di klinik swasta . Tadi petang ada pesakit datang nak buat vitamin drip . Atau p-trovite yang mana mengandungi ari NS. Lepas kemas brg, sy tercucuk jarum di tngn sy dan ada darah . Pesakit itu sekarang mengalami batuk dan sakit tekak . Te Tapi sy risau dia ada disease lain tanpa sy ketahui ??? Sy nk tnya doktor adakah sy berisiko besar terkena penyakit Yang amat luar biasa??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, hal yang dialami ini tergolong dalam needle stick injury yang mana langkah pertama yang harus anda lakukan adalah melaporkan situasi kepada doktor bertugas secepatnya. Kemudiannya darah anda dan darah pesakit akan diambil untuk dilakukan pemeriksaan untuk melihat apakah terdapat penyakit yang berisiko tinggi seperti Hepatitis B dan HIV. Setelah itu, sekiranya berisiko, anda akan diberikan ubat dan suntikan profilaksis dalam tempoh waktu 24 jam untuk mengelakkan perkembangan dan jangkitan virus.
Untuk keterangan tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.