
Sulit
3 tahun
Tested positive selepas lebih 20 minit
Dr, saya tested guna test kit dan dalam masa 15-20 minit ia menunjukkan 1 line. Dan saya buang kit itu di tong sampah tapi keesokkan harinya saya check semula, ia menunjukkan 2 lines. Adakah saya positive? Kerana di kotak tersebut mengatakan yang keputusan selepas 20minit tidak boleh diambil kira. Betul ke?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kit ujian kehamilan secara umumnya melihat kadar hCG dengan tepat selepas 10 hingga 14 hari dari akhir konsepsi seksual. Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang boleh menyebabkan keputusan positif palsu (false positive):
Kesilapan Penggunaan
Amat penting sebelum menggunakan kit ujian kehamilan untuk memastikan tarikh luput pada kit tersebut. Tidak mencampurkan sampel air kencing dengan air. Menggunakan hanya setelah terlepas 2 minggu kitaran haid yang sepatutnya. Meletakkan sampel air kencing pada masa yang dicadangkan pada kotak serta hanya menggunakan masa yang dicadangkan untuk menyemak keputusan ujian. Sepertimana dalam situasi anda, keputusan yang anda lihat pada keesokan harinya tidak boleh diambil kira memandangkan masanya sudah lebih dari yang disarankan.Kehamilan Ektopik
Dalam situasi tertentu, telur yang sudah disenyawakan boleh menempel di luar dinding uterus dan dikenalai sebagai kehamilan ektopik. Ia boleh berlaku di cervix, ovari atau abdomen. Simptom yang sering berlaku dalam kehamilan ektopik adalah, mual, muntah-muntah, kesakitan pada satu bahagian abdomen sahaja, pendarahan atau spotting pada vagina.Keguguran atau Pengguguran Kandungan
Kandungan yang baru gugur boleh mempunyai keputusan positif pada kit ujian kehamilan sehingga 6 minggu selepas tempoh keguguran. Kerana kadar hCG mengambil masa untuk turun pada kadar normal.Interaksi Ubat
Beberapa ubat boleh menyebabkan keputusan positif palsu terutamanya ubat yang merangsang kehamilan seperti suntikan hCG (Novarel, Pergnyl, Ovidrel, Profasi). Ubat bagi masalah psikiatrik, sawan, Parkinson serta diuretiks turut mampu memberi keputusan positif palsu.
Untuk memastikan keputusan kehamilan, saya menyarankan kepada anda untuk ulang semula kit ujian kehamilan mengikut arahan pada kotak atau merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.