green.peace_yoo
7 tahun
UPT negatif tetapi tidak datang haid
Saya wanita berumur 26 tahun dan telah berkahwin 1 tahun lebih. Sebelum berkahwin saya tidak pernah mengalami masalah haid setiap bulan dan sengugut tidak teruk. Namun, setelah berkahwin haid saya selalu lewat 7-8 hari dan pernah berlaku beberapa episod senggugut yang teruk hingga sukar untuk membuang angin, buang air besar dan bertambah sakit apabila berlaku gegaran semasa menaiki kenderaan. Kali ini, pada bulan April lepas saya tidak mengalami haid langsung dan sekarang sudah hampir ke penghujung bulan Mei, saya masih belum haid. Beberapa hari lepas UPT adalah negatif. Perut berasa sakit cramp, menghilang dan sakit semula seperti contraction. Adakah saya mengalami cyst atau fibroid?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.




























