
Sulit
5 tahun
Adakah boleh hamil jika berhubungan ketika haid?
Saya wanita 33tahun, sdh berkahwin dan mempunyai anak. Tidak pernah mengambil sebrg pil perancang, merancang sendiri.
Soalan sy, adakah berisiko hamil jika pasangan gagal mengawal, dan ketika itu pasangan sdg haid hari pertama.
Soalan kedua, selepas 8 jam sy tlh mengambil pil postinor. Adakah ini berkesan mengelak kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat risiko kehamilan walaupun rendah sekiranya berlaku hubungan intim semasa haid lebih-lebih lagi pada penghujung haid anda. Hal ini kerana sperma boleh hidup selama 4 hingga 5 hari dan sekiranya anda mengalami kesuburan yang awal, kehamilan boleh berlaku.
Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.