Sulit
3 tahun
Adakah radang tonsil sama simptom dengan jangkitan covid-19?
Hai…saya pesakit anxiety disorder dan major depressive disoder…2 hari lepas tiba-tiba tekak gatal…saya terus panik fikir covid-19…saya beranikan diri pergi hospital untuk cek…doctor sahkan radang tonsil…saya macam tidak percaya apa doctor cakap…saya asyik fikir covid-19…bila ada rasa macam tidak kena dengan badan saya fikir covid-19…tekak gatal…tekak macam ada jarum cucuk…tekak macam ada kahak tersekat…telinga kadang-kadang sakit…badan sakit…perut sakit…adakah ini semua memang simptom radang tonsil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan anda diatas, anda telahpun berjumpa doktor. Pihak kami percaya, doktor tersebut telahpun melakukan pemeriksaan dan beberapa prosedur lain bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mendengar nasihat dan konsultasi yang telah diberikan oleh doktor tersebut.
Kami memerlukan maklumat lebih lanjut untuk mengetahui keadaan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan di ruangan soalan, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah berikut:
- Radang tonsil (Tonsilitis)
- Nanah tonsil (Tonsillar abscess)
- Batu di dalam tonsil (Tonsiloliths)
- Ketumbuhan di kelenjar air liur
- Jangkitan pada bahagian gusi
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar. Cara lain adalah berjumpa dengan doktor pakar untuk siasatan lanjut.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Nafas berbau (disebabkan oleh nanah)
- Sakit sehingga mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Sesak nafas disebabkan oleh tonsil bengkak
- Demam
- Sakit tekak
- Terdapat perubahan pada suara
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih