
Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil sekiranya period datang hanya 2 hari sahaja
Last period sy 5/11… sy bsma suami pd hari ke-10 … kitar haid sy tetap 26-28hari… sy test upt tetapi kabur… pd 4/12 sy datang period… dan smlm 5/12 period sy sedikit shj… dan arini telah tiada… atas ari2 saya selalu rasa sengkak dan tidak selesa…adakah sy berisiko hamil??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, ovulasi kebiasaannya berlaku pada sekitar hari ke-14 dalam kalangan wanita normal. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana seseorang itu mengalami ovulasi awal atau pun lewat.
Untuk menjawab persoalan anda, anda mempunyai peluang untuk hamil sekiranya anda berovulasi pada hari ke-10 tersebut. Berkenaan pendarahan pada 4/12, ia berkemungkinan anda datang haid ataupun ia adalah pendarahan disebabkan oleh implantasi. Namun begitu, aliran haid seseorang wanita yang normal adalah di antara dua ke tujuh hari.
Kebanyakan wanita yang cuba untuk menjadi hamil bergantung kepada ‘Urine Pregnancy Test (UPT)’. Namun demikian ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur. Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh bertukar kabur seperti:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan
- Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- Chemical pregnancy
- Ubatan
Jika anda masih ragu-ragu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian secara peribadi. Terima kasih.