
Sulit
4 tahun
Berdarah saat berhubungan sex
Sya mencuba hubungan sex keluar darah tapi x ada sakit… And sya dah 1 tahun x dtng bulan apa masalah ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang tersebut mengalami pendarahan semasa berhubungan intim, seperti:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Kecederaan pada pintu rahim
- Jangkitan kelamin
- Kanser rahim atau pintu rahim
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagi masalah tentang masalah haid anda, ini merupakan antara beberapa sebab:
- Masalah ovari seperti polycystic ovarian syndrome
- Kegagalan ovari
- Masalah kelenjar tiroid dan pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang masalah tidak datang haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.