Sulit
2 tahun
Gel KY jelly tamat tempoh
Doktor,saya menggunakan KY jelly Gel sapu ke condom yg sudah tamat tempoh tahun 2006 punya sapu ke zakar dgn condom untuk tujuan onani…
Adakah bahaya atau tidak bahaya pakai Gel KY jelly sapu ke zakar yg sudah tamat tempoh?
Apa kah kesannya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,benda yang sudah melepasi tarikh luput tidak boleh diguna.Gel tersebut mengandungi bahan-bahan kimia tertentu.Bahan-bahan ini boleh tahan untuk suatu jangka masa yang tertentu sahaja.
Anda seharusnya segera berjumpa dengan doktor jika mengalami perubahan pada kulit zakar atau kegatalan di kawasan tersebut setelah menggunakan gel selepas tarikh luputnya.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.