Sulit
2 tahun
Penis saya kecik ,tidak normal saiz penis yng biasa
Saya stat melancapp umur 13 tapi sehingga umur 20 saya kuartir mengalamke tiada pembesaran penis
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah saiz zakar yang tidak normal. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, bagi mengenalpasti sama ada saiz zakar yang anda maksudnya adalah benar-benar sesuatu yang tidak normal atau sebenarnya normal tetapi anda merasakan ianya tidak, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
Saiz zakar dipengaruhi oleh genetik dan hormon. Masalah yang dipanggil micropenis biasanya dikenal pasti ketika masih kecil.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan anda, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami untuk konsultasi secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.