Sulit
2 tahun
Saya selalu risau dgn masalah yg saya hadapi
Saya 20 tahun,pada mula mula pkp saya mengalami masalah cepat pancut ketika saya beronani…sehingga sekarang saya Masih mencari masalah yang saya hadapi…kadang² saya berasa risau… sebelom ini saya tidak pernah mengalami begini jika saya berhenti untuk onani adakah masalah cepat pancut itu akan baik sepenohnya…dlm beberapa ini juga saya berasa risau… mentality saya juga menurun disebabkan terlalu fikirkan masalah ini…mohon pencerahan daripada doktor
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Merujuk kepada penerangan anda, anda mengalami masalah cepat pancut belakangan ini.
Untuk makluman anda, sebab untuk masalah ini.terbahagi kepada Faktor fizikal dan emosi/psikologi.
Saya mencadangkan anda meneruskan pemantauan kendiri sekiranya simtom ini berlaku setiap kali beronani atau juga berlaku dengan pasangan sebenar. Lepas itu, merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan keseluruhan dan mencari punca masalah. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Untuk aktiviti beronani, saya mencadangkan anda mengurangkan kekerapan sebanyak mungkin. Hal ini kerana beronani sebenarnya mendatangkan lebih kesan buruk dalam tempoh panjang termasuk:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah