Sulit
2 tahun
Sakit pada Zakar & Air mani berwarna kuning kehijauan
Saya lelaki berumur 23 tahun, mengalami sakit pada zakar ketika membuang air, dan juga air mani saya menjadi kuning dan tidak berhenti keluar cecair berwarna kuning.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala sakit ketika kencing dan cecair atau air mani yang berwarna kuning. Pihak saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala sakit ketika kencing boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Kecederaan pada zakar
- Masalah batu karang
Keluarnya cecair berwarna kuning serta air mani berwarna kuning juga biasanya menunjukkan gejala jangkitan atau radang.
Oleh itu, bagi mengetahui punca gejala anda ini, anda disarankan untuk segera merujuk kepada doktor agar maklumat lanjut tentang gejala dan latar belakang sejarah kesihatan anda dapat diketahui.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi. Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.