Sulit
2 tahun
Kelewatan akil baligh
Saya beronani dari umur 13 sehingga sekarang umur saya 17 tahun. Adakah beronani menyebabkan kelewatan akil baligh ?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, semua ini adalah ciri-ciri lelaki mencapai kematangan seksual.
- Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
- Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau
- Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan
Anda juga boleh merujuk laman ini untuk memahami lebih lanjut tentang akil baligh.
Untuk soalan anda tentang kesan beronani, saya mencadangkan anda untuk mengurangkan aktivitii sebanyak mungkin walaupun tidak menunjukkan bukti kukuh melewatkan akil baligh.Hal ini kerana beronani sebenarnya mendatangkan lebih kesan buruk dalam tempoh panjang daripada memberi kepuasan sementara.Antara kesan-kesan termasuk:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Walau bagaimanapun,memandangkan aktiviti beronani merupakan topik peribadi, saya menyarankan anda supaya berbincang dengan doktor tentang permasalahan ini. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah