Sulit
2 tahun
Akil Baligh Yang Tidak Normal
Saya adalah seorang remaja yang berumur 19 tahun . Lebih kurang 5 tahun yang lalu , saya telah dikhatankan beramai‐ramai di masjid yang mana ia dilakukan oleh doktor hospital di daerah saya tinggal . Namun begitu , selepas beberapa minggu , saya hairan mengapa belum datangnya lagi akil baligh sedangkan biasanya ia datang setelah habis tempoh tersebut. Dan tahun demi tahun , saya menjalankan hidup saya tanpa mempunyai akil baligh yang tidak normal.Tambahan pula , umur saya ketika berkhatan itu adalah 14 tahun. Mengapakah kejadian ini berlaku kepada saya doktor? Pihak doktor manakah yang perlu saya jumpa untuk menangani masalah ini?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang akil baligh. Saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, waktu datang akil baligh bagi lelaki dan perempuan adalah antara umur 9-16 tahun. Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada yang lewat atas pelbagai faktor.
Dalam islam, bagi lelaki, tanda akil baligh adalah apabila berlakunya mimpi yang luar biasa sehingga keluar air mani ( mempunyai syahwat). Tanda-tanda lain bagi lelaki yang sudah akil baligh termasuklah perubahan fizikal seperti tumbuhnya bulu tubuh, perubahan suara dan perubahan pada zakar.
Akil baligh tiada kaitan dengan berkhatan. ia boleh berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh umur yang dinyatakan di atas.
Berkenaan dengan akil baligh yang tidak normal. Saya kurang pasti terhadap apakah yang anda nyatakan atau maksudkan sebagai tidak normal. Adakah perubahan fizikal yang tidak berlaku?
Anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor agar maklumat dapat diberikan dengan jelas. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ia boleh dikenal pasti dan rawatan boleh diberikan jika perlu.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian dengan doktor. Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.