Sulit
2 tahun
HSV1 Virless 800mg versus 400mg
Saya lelaki berumur 46 tahun dan menghidap HSV1. Pada 13/1/2022 saya telah mengambil Virless 400mg x 3 x 5 hari atas arahan doktor kerana saya mengalami ruam2 berair dan beberapa ruam2 kecil merah serta benjolan2 kecil yang gatal di sekitar kemaluan dan beberapa bahagian badan. Setelah habis ubat, ruam2 berair kelihatan semakin sembuh tapi tidak sepenuhnya manakala ruam2 kecil merah yang gatal2 masih berterusan walaupun tidak serius seperti permulaan jangkitan. Benjolan2 masih tidak berapa sembuh sepenuhnya dan gatal2 tetap berlaku. Saya menyambung semula mengambil Virless kali ini 800mg x 5 x 7 hari bermula 5/2/2022. Pada pagi 6/2/2022 setelah saya makan pil yg kedua, sy telah mengalami pening kepala (diziness) dan sakit perut. Saya telah menghentikan ubat tersebut pada petang hari tersebut juga. Tapi saya menyambung semula ubat tersebut pada 7/2/2022 tapi pada dos 400mg. Soalan saya, mengapa setelah saya mengambil virless yg pertama kali, jangkitan ruam masih tidak sembuh sepenuhnya? Adakah kesan buruk jika saya menurunkan dos virless dr 800mg ke 400mg?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda mahu beberapa penjelasan mengenai jangkitan HSV-Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jangkitan HSV-1 disebabkan oleh virus herpes simplex. Virus ini mempunyai tempoh dorman yang tidak mengeluarkan simptom, tempoh aktif di mana pesakit mengalami gejala seperti ulser, serta tempoh laten dimana virus tersimpan dan duduk di dalam badan pesakit.
Viral load bagi HSV-1 sememangnya boleh diturunkan dengan ubat antiviral seperti yang anda ambil. Namun, kekerapan pengambilan antiviral bergantung kepada setiap individu. Jika dalam masa setahun, anda sering mengalami HSV-1 aktif, anda mungkin memerlukan antiviral secara harian.
Malangnya, HSV-1 adalah jangkitan seumur hidup. Biarpun anda tidak mempunyai simptom atau viral load rendah, anda masih boleh menyebarkan penyakit ini kepada orang lain. Hal ini kerana, virus ini mampu untuk hidup dalam sel badan dan setakat ini tiada ubat yang dapat membunuhnya secara kekal. Ubat antiviral boleh kurangkan risiko sebaran jangkitan tetapi ia tidak berkesan 100%.
Untuk keterangan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor