Sulit
2 tahun
Saya ada masalah dalaman bahgia vergina
Kenapa bila saya bersama suami ketika suami masukkan , saya berasa sakit seolah ada suami punya menolak sesuatu di dalam vergina saya dan suami pulak berasa melecit… hanya 1 bahagian sahaja saya dah jumpa pakar tpi mereka kata tak ada apa²…tapi saya masih rasa sakit…dah hmpir sethun…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- Kekurangan gairah seksual
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.