Sulit
2 tahun
Masalah air mani terkeluar
Sejak berkahwin air mani sering terkeluar sedikit semasa membuang air kencing dan air besar semasa meneran ia akan terkeluar sikit…Tpi sebelum berkahwin tiada masalah ini…
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kemungkinan perkara ini bukanlah penyakit yang serius dan tidak perlu dibimbangkan. Keadaan yang anda alami ini lebih dikenali sebagai Spermatorrhea dan ini boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan emosi
- Hubungan seks yang berlebihan
- Pengambilan minuman alkohol
- Penyakit keradangan bahagian organ seksual lelaki seperti - Prostatis , spermatocystitis dan Orchitis
Sekiranya anda mengalami simptom seperti pening, keletihan, lemah belakang atau kaki, dan insomnia serta mengalami perkara ini dengan kerap dan berpanjangan, saya sarankan anda berjumpa dengan mana-mana klinik yang berdekatan bagi menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah