
Sulit
4 tahun
Berkenaan lymphocytes dalam sel darah putih
Saya ada buat ujian penuh darah (FBT),saya dapati lymphocytes saya tinggi dari nilai normal 7.1 x 10/L (normal 1.0-4.0).boleh doktor jelaskan kenapa dan bagaimana nak turunkan nilai bacaan tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi. Namun begitu, kami memerlukan keterangan lanjut daripada anda sebelum kami membuat sebarang kesimpulan tentang punca sebenar masalah anda.
Untuk makluman anda, lymphocyte/ limfosit adalah sejenis sel darah putih. Ia memainkan peranan penting dalam sistem kekebalan tubuh anda, membantu tubuh anda melawan jangkitan. Jumlah limfosit yang meningkat dapat disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan.
Kadar limfosit yang tinggi di dalam darah menunjukkan bahawa tubuh anda menghadapi jangkitan atau keadaan keradangan yang lain. Selalunya, jumlah limfosit yang tinggi buat sementara waktu adalah kesan yang normal bagi sistem kekebalan tubuh badan anda berfungsi. Walaubagaimanapun, peningkatan limfosit juga kadang-kadang boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius iaitu leukemia.
Doktor anda akan melakukan ujian diagnostik khusus untuk membantu menentukan punca peningkatan limfosit dalam darah anda. Ujian ini mungkin merangkumi ujian makmal lain untuk mengesampingkan jangkitan atau ujian yang memeriksa tisu badan lain, seperti biopsi sumsum tulang dan melihat darah anda di bawah mikroskop.
Oleh itu, cara untuk menurunkan nilai bacaan tersebut adalah dengan merawat punca sebenar ia terjadi atau penyakit penyebab. Saya menegesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan supaya rawatan yang tepat dapat diberikan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih