
Sulit
5 tahun
Bertanya tentang perubahan warna kulit gelap dan kusam
Salam doc…Saya menghidapi hiv berapa bulan yg lalu telah menjalanani rawatan haart…kenape perubahan warna kulit dan kusam boleh berlaku…bolehkah saya memakan vitamin c atau ubat sebagainya memutihkan kulit saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan pelbagai perkara:
- cuaca
- kesan sampingan ubat
- jenis produk
- kulit kering
- genetik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.