
Sulit
3 tahun
Cara berhenti dari masturbasi
Hai doktor, kawan saya (wanita 20an) ada cakap yang dia ni selalu buat masturbasi kalau tak silap lebih 5 tahun dah, jadi dia minta tips bagaimana cara untuk berhenti dari ketagih dengan benda tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda mengenai cara untuk berhenti dari ketagih masturbasi, kami akan cuba menjelaskan hal ini kepada anda.
Rakan atau pihak anda dinasihatkan agar menghindari aktiviti masturbasi ini dan berjumpa dengan doktor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.
Antara keburukan masturbasi secara kerap adalah:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar dibendung. Ketagihan tersebut dapat menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti & kepuasan kepada hubungan seksual sebenar
- Menimbulkan rasa bersalah & menurunkan keyakinan diri
- Menurunkan produktiviti harian
- Trauma pada alat kelamin
Buat masa sekarang, pihak anda digalakkan melakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Bersenam atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Perbanyakkan aktiviti keagamaan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang hal ini, pihak anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.