Sulit
5 tahun
Cara jangkitan Sifilis
Hi doktor,
Boleh sy tau boleh ke sifilis berjangkit melalui permukaan tilam atau cadar yg digunakan oleh pesakit sifilis? Di kawasan badan mana yg selalu trdapat simptom sifilis?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sifilis dijangkiti melalui sentuhan pada permukaan ruam chancre yang kebiasaannya dijumpai pada anal, rektum, faraj, mulut pesakit sifilis. Hubungan seksual dan mengandung mempunyai risiko transmisi kepada pasangan atau bayi pesakit. Jika anda mengunakan tilam pesakit tersebut, risikonya hanya sedikit kerana virus tidak boleh hidup lama diluar badan manusia.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.