Sulit
4 tahun
Cloth mask bagi orang awam
adakah pemakaian cloth mask bagi orang yang tiada gejala covid dibenarkan ataupun hanya surgical mask aje yang dibenarkan. pada pemahaman saya WHO menyatakan cloth mask mampu membendung Respiratory droplet dari seseorang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera!
“Face mask” atau topeng muka digunakan untuk melindungi diri daripada kuman, titisan air, virus dan lain-lain dari persekitaran. Terdapat pelbagai jenis mask atau topeng muka di pasaran dan farmasi. Topeng muka yang berwarna biru adalah yang biasa di pasaran, manakala yang berwarna kelabu/grey berkemungkinan mempunyai fungsi “activated carbon filter.” Fungsi filter ini adalah untuk mengurangkan bau atau habuk. Namun, bukan semua topeng warna grey/kelabu mempunyai fungsi ini. Untuk penggunaan tepat, sila rujuk label topeng anda semasa pembelian.
Bagi virus COVID-19 yang melanda dunia sekarang, topeng muka yang ideal bagi mencegah virus ini adalah topeng muka jenis 3ply yang juga digunakan untuk pembedahan dan ia merupakan topeng muka jenis pakai buang. Selain itu, topeng N95 juga boleh digunakan dan ia boleh digunakan secara berulang.
Saya harap jawapan ini dapat membantu sedikit banyak mengenai soalan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.