Sulit
4 tahun
Dinding pipi bengkak
saya telah tergigit dinding pipi saya sehingga berdarah pada minggu lepas dan saya rasa bengkak pada kawasan yang telah tergigit itu
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Oral mucoceles
- Darah beku
- Jangkitan
Kami tidak memiliki kepakaran berkenaan mulut dan gigi pada platform forum ini. Sebaiknya anda merujuk perkara ini pada bahagian mulut dan pergigian terutamanya jika masalah ini berlarutan dan bertambah sakit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.