
Sulit
4 tahun
Gemuruh dan cemas bila berhadapan dengan ramai orang
Saya selalu berasa cemas dan gemuruh bila berhadapan dengan ramai orang dan berasa seperti ditertawakan bila saya melakukan sesuatu hal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda diberi, kami memahami kebimbanganan anda mengenai perasaan gemuruh dan cemas apabila berada di khalayak orang ramai. Untuk makluman anda, perkara ini boleh berpunca dari emosi yang tidak terkawal yang terkesan daripada tekanan emosi yang pernah dialami sebelum ini ataupun jika anda pernah mengalami trauma teruk (post-traumatic event). Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah psikiatrik yang boleh mengganggu emosi dan juga personaliti anda. Antaranya ialah:
- Stress yang berlebihan
- Gangguan khayalan penganiayaan. (Perasaan seperti sentiasa dalam ancaman)
- Gangguan mentalism (Penyakit perasaan diskriminasi oleh orang)
- Paranoia
- Borderline personality disorder (Perasaan kurang stabil, mudah memperbahayakan diri, dan juga perasaan seperti ditinggalkan dan kekosongan)
- Enochlophobia (perasaan takut kepada orang ramai setempat)
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.