Sulit
3 tahun
Hai umur saya 20 tahun dan saya mengalami masalah period
4hari datang awal dan rasa sakit senggugut pinggang, darah warna coklat merah pekat. Jadi saya kena solat ke tidak ye ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah haid yang datang lebih awal 4 hari berwarna coklat merah pekat disertai dengan rasa senggugut. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih