
pblueberry368
2 tahun
Herpes simplex virus type 1
Hai doctor sy wanita berusia 25 tahun namun saya didapati terkena herpes simplex type 1 pada tahun 2016 bulan 6 …pada masa tersebut keputusan darah menunjukan positif herpes tapi pada tahun ni 2019 sy mengulang kembali test tersebut kerana luka dibibir sy tapi keputusan yang doctor beri kepada saya mengatakan saya negatif …saya buntu doc boleh penjelasan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala luka pada bibir ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan tidak terhad kepada jangkitan herpes simplex sahaja. Antara faktor kepada luka pada bibir ialah:
- Kurang vitamin B dan C
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman mulut
- Kecederaan
- Ulser dari penyakit radang usus atau penyakit coeliac
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.