Sulit
2 tahun
Isteri sya terkena serangan strok minor
Pda mulanya isteri sya Rasa kebas kebas Di bhg mulut shj pastu pada hri isnin minggu ini kemudian selang beberapa hri slps kmi SEKELUARGA plg dri bercuti dri Cameron Highlands pd 9/2/22 rasa kebas kebas nya makin melarat dri kepala spai kaki SEBELAH kanan shj …DN sya trus bawa isteri sya ke Hospital utk rawatan yg selanjutnya spai pgi ni kebas kebas Di bhg badan SEBELAH kanan Masih blum npk kurang lgi …isteri sya usianya 44 Thun …doc Ada tk rawatan yg sesuai utk isteri sya utk mengurangkan kesakitan yg dialaminya …TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, Strok merupakan salah satu kondisi yang boleh menyebabkan lemah anggota badan. Strok juga boleh menyebabkan gejala lain seperti:
- Lumpuh
- Pertuturan yang kurang jelas atau tidak mampu bertutur
- Muka yang menggeletar
- Masalah penglihatan.
Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda ini, anda harus pergi ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Strok yang tidak dirawat dengan awal akan menyebabkan komplikasi-komplikasi yang serius.
Sejarah anggota keluarga yang menghidap strok merupakan salah satu faktor yang meningkatkan risiko anda untuk diserang strok. Selain itu, faktor-faktor lain seperti:
- Berat badan berlebihan
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Penyakit jantung
- Tabiat merokok
Namun begitu, terdapat pelbagai jenis kondisi yang boleh menyebabkan kelemahan sebelah tangan. Contoh-contoh penyakit yang boleh menyebabkan kelemahan tangan termasuk:
- Keletihan
- Trauma
- Jangkitan selaput otak (meningitis)
- Trauma
- Masalah urat saraf
- Masalah otot di tangan
- Barah
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar rawatan awal boleh dimulakan segera untuk mencegah komplikasi serius.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.