Sulit
3 tahun
Jangkitan kurap di tangan, celah kaki dan belakang badan
Dr. saya pergi ke klinik untuk cek kulit dan ternyata saya dijangkiti kurap. Jadinya dr tu ada berikan ubat pil dan ubat sapu ET cream, ubat sapu tu dah habis sebelum tempoh 5 hari lagi dan ubat pil sahaja saya masih ada. Jadi boleh ke kurap saya ni hilang jika tak guna ubat sapu dan hanya telan pil sahaja atau saya perlu beli ubat sapu yang sama tanpa perlu jumpa doktor tu semula?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jangkitan kurap di tangan, celah kaki dan belakang badan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa langkah untuk menghilangkan kurap dengan efektif. Antaranya ialah:
- Menggunakan ubat sapu
Kebanyakkan kes boleh disembuh walaupun pesakit menerima rawatan di rumah. Anda boleh mengunjungi farmasi berdekatan atau melalui www.doctoroncall.com.my untuk membeli ubat sapu bagi penyakit kurap. Walaupun tanpa preskripsi doktor, ubat sapu untuk membunuh kulat boleh didapatkan dan ia juga berkesan dalam menggalakkan penyembuhan.
- Biarkan kulit yang terjejas bernafas
Dengan menutupi kawasan kulit yang terjejas dengan pembalut nampak seperti boleh mengelakkan penyakit ini daripada merebak dan berjangkit, namun ianya tidak digalakkan. Hal ini kerana dengan membaluti kawasan kulit yang terjejas, ianya akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan akan hilang kelembapannya seterusnya akan melambatkan proses penyembuhan. Sebaliknya, pesakit perlu memakai pakaian yang selesa, tidak terlalu ketat, baju lengan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan daripada menjangkiti orang lain.
- Mencuci cadar dan selimut
Disebabkan penyakit kurap boleh berjangkit, pesakit dinasihatkan untuk mencuci cadar dan selimut dengan kerap. Spora kulat boleh mendiami cadar pesakit dan apabila ianya tidak dibasuh dan pesakit terus menggunakan cadar yang sama pada setiap malam, kulat tersebut boleh membiak dengan lebih pantas. Pasangan pesakit juga mampu dijangkiti jika tidur di tempat yang sama. Pencucian yang efektif adalah dengan menggunakan air panas, sabun basuh serta peluntur pakaian.
- Menukar seluar dalam dan stokin
Jika kurap menjangkiti kaki dan pada bahagian kemaluan, pesakit digalakkan untuk sentiasa memastikan kawasan ini kering. Jika pesakit selalu berpeluh, adalah dinasihatkan untuk pesakit mandi dan menggunakan sabun anti-kulat dan menggunakan bedak anti-kulat dan losyen selepas mandi. Pesakit perlu memastikan kawasan yang terjejas kering terlebih dahulu sebelum memakai seluar dalam dan stokin.
- Menggunakan syampu anti-kulat
Kurap yang menjangkiti kulit kepala hampir mustahil untuk sembuh dengan hanya menggunakan ubatan pil. Pesakit dinasihatkan untuk menggunakan syampu anti-kulat yang boleh menghilangkan kegatalan dan jangkitan tersebut. Syampu boleh dibeli di farmasi atau kedai yang berdekatan tanpa perlu untuk mendapatkan preskripsi dari doktor. Pesakit disyorkan untuk memastikan bahan-bahan seperti ketoconazole , selenium sulfide dan pyrithone zinc terdapat pada syampu yang ingin dibeli.
- Mengambil ubat anti-kulat
Walaupun kurap boleh disembuhkan dengan menggunakan losyen atau syampu anti-kulat, namun jika penyakit tersebut masih tidak sembuh, pesakit perlu mendapatkan rundingan dan rawatan dari doktor atau pakar kulit. Doktor akan memberikan preskripsi ubat dan pesakit perlu menghabiskan ubat tersebut dalam masa yang ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih