Sulit
4 tahun
Jiran saya baru balik dari sabah positif covid Perlu Kuarantin tak
Semalam saya dapat tahu suami jiran saya telah disahkan positif covid dan sekarang dekat wad sungai buloh, isteri pesakit sekarang jalani kuarantin dirumah.
Saya tinggal di kawasan perumahan flat. Apakah seluruh flat perlu menjalani kuarantin di rumah juga?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kami tidak pasti mengenai peraturan SOP yang perlu dipatuhi menurut situasi anda. Walaubagaimanapun, ia adalah lebih baik jika anda amalkan kuarantin persendirian di rumah bagi mengelak diri dan keluarga serumah anda daripada terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19. Sila keluar dari rumah jika hanya perlu dan patuhi SOP yang ditetapkan ketika berada di luar rumah seperti memakai topeng muka, menjaga jarak sosial serta mengamalkan sanitasi atau kebersihan diri dengan secukupnya. Bersama-sama kita beri kerjasama bagi membanteras rantaian jangkitan COVID-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.