Anonymous
5 tahun
Keberkesanan escapelle
Ada kah ia boleh menghalang kehamilan dan apakh tahap keberkesanan nya… saya dan isteri melakukn hubungn sek selepas isteri hbis haid dlm msa 12 jam isteri sya telah mengambil escapelle utuk elakkn kehamilan… adakah thap utuk hamil itu ada walaupun isteri telah mengambil escapelle?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, pil escapelle adalah kontraseptif kecemasan. Pil pertama diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Pil kedua diambil 12 jam setelah pil pertama diambil.
Dianggarkan bahawa escapelle akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Antara kesan sampingan pengambilan pil postinor yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat, tindak balas kulit, dan perubahan kitaran haid.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.