
Sulit
4 tahun
Kesan onani yang berlebihan
doc saya mengalami ketagihan onani sejak dri kecil hingga remaja ini disebab kan ketika masih dlm lingkungan kanak kanak ada sesuatu perkara buruk terjadi pada diri saya saya di dedahkan dengn video berusunsur lucah saya cuba mengawal namun tidak mampu hal ini menyebab kan saya ketagihan dan saya mahu membendung perkara tersebut apakah kesannya doc kpd diri saya . saya harap doc dpt bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang onani.
Perbuatan onani adalah tidak sihat. Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Masalah mati pucuk di kemudian hari
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.