Sulit
2 tahun
Kesan selepas booster
Saya telah mengambil vaksin booster pada 22/2/2022. Malam hari tersebut sye mengalami sakit-sakit badan. Menggigil, demam & sakit kepala. Saya ada mengambil ubat uphamol 650 1 biji. Keesokan pagi masih rasa sakit yg sama. Tambahan rasa loya & muntah. Hari ini hari ke3 selera mkn tiada. Walau merasa lapar. Rasa loya & sakit kepala masih ada. Mohon doktor jelaskan. Perlu kah saya ke klinik untuk pemeriksaan & rawatan. Saya berumur 48 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda,anda mengalami simtom seperti badan menggigil,demam,sakit kepala,loya dan muntah sejak dua hari lepas mengambil dos booster Covid.
Untuk makluman anda, anda berkemungkinan mengalami tanda-tanda selepas vaksinasi.Antara adalah tanda-tanda yang mungkin dialami selepas vaksinasi, namun semua ini boleh berkurangan dalam masa purata 14 hari.
Demam, sakit kepala, keletihan dan sakit di tapak suntikan adalah kesan sampingan yang paling kerap dilaporkan, dan secara keseluruhan, kebanyakan kesan sampingan adalah ringan hingga sederhana.
Menurut penerangan anda,saya menasihatkan anda makan seimbang dan rehat seperti normal.Anda juga boleh memantau status kendiri dengan menggunakan pulse oximeter dan termometer.Jika didapati simtom-simtom bertambah serius,sila jumpa doktor dengan serta-merta.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini