blackwidowi927
3 tahun
Lemah badan selepas vaksin
Salam sejahtera dokter, mengapa selepas vaksin saya dapati badan saya tak seperti dahulu( sebelum vaksin) ?
Saya dapati selepas saya ambil vaksin badan saya kerap merasa letih, lemah dan tiada stamina.( Cepat penat ) contohnya jika sy naik tangga 1-2 tingkat perfasan saya jadi laju… jika saya bersenam/berjoging saya jadi cepat penat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah kerap merasa letih, lemah dan tiada stamina setelah menerima vaksin COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah bersih, selamat dan berkesan dalam mengawal wabak Corona Virus. Gejala yang anda alami sememangnya berkait dengan kesan sampingan vaksin COVID-19. Kesan sampingan lainnya adalah:
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Simptom ini akan hilang dengan sendirinya dan berbeza mengikut individu. Ia mungkin berpanjangan sehingga 4-12 hari. Namun, jika anda mengalami:
- Simptom berpanjangan dan semakin teruk
- Reaksi alahan yang teruk
- Sesak nafas
- Sakit dada
Sila berjumpa dengan doktor jikalau mengalami perkara yang dinyatakan. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan perkara ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini