Sulit
2 tahun
Lutut terasa luka di dalam
Saya wanita yang memang mempunyai masalah berat badan berlebihan namun sebelum ini saya tidak mempunyai masalah lutut walaupun berat lebih…saya pernah disahkan ada batu karang pada tahun 2019 dan admit selama 1 minggu namun doktor telah sahkan batu karang telah tiada dn hilang tetapi pinggang kiri sampai ke lutut memang selalu rasa sakit seperti ada connection simptom antra dua ni…selalu sakit di bahagian kiri dan masalah sy hilang mcm tu sahaja…bila bergejala akn terasa mual2 muntah dan rasa seperti nak demam saya ingtkan gejala covid pergi test negetive…rsa sakit itu hilang macam tu sahaja…sejak semalam lutut saya tetiba rasa seperti ada luka mencucuk di dalam sebelah kiri…bila ingin duduk bersila terasa ingin teriak dan bila meluruskan kaki pun sama sakit seperti ada tajam yang mencucuk bahagian dalam lutut…sampai ingin mengalir air mata apa pendapat doktor mengenai situasi saya
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit lutut, osteoarthritis dan mempunyai sejarah pembedahan tempurung lutut. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, sakit lutut pada umur yang muda memerlukan perhatian oleh doktor . Antara punca seseorang mengalami sakit lutut pada umur yang muda adalah:
- Obesiti
- Aktiviti mengangkat beban berat
- Kecederaan tulang atau sendi
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera , seperti:
- Jangkitan sendi
- Radang sendi ( osteoarthritis )
- Kanser tulang ( osteosarcoma )
Tulang yang cedera atau patah berpotensi untuk sembuh semula.Ia merupakan tisu yang unik di mana ia mampu untuk tumbuh semula dan membentuk hingga normal atau hampir normal.
Proses penyembuhan tulang berlaku dalam 5 peringkat:
- Inflammasi dan pembekuan darah (72 jam pertama)
- Pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
- Pembentukan tulang keras.( 2-6 minggu)
- Union (sembuh sepenuhnya)-3-6 bulan
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.