Sulit
3 tahun
Masalah gastrik dan perlukan pengesahan untuk memakan ubat
Saya telah diberi suntikan bagi hilangkan masalah gastrik petang tadi di klinik kesihatan kerajaan…petang tadi perut saya tak berapa selesa dan mengalami kekejangan perut…boleh kah saya makan ubat jenis Hyoscine N-Butylbromide dan ubat gastrik jenis vencid jika gastrik masih terasa ada
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Hyoscine butylbromide adalah sejenis ubat untuk mengurangkan kekejangan perut dan pantoprazole adalah sejenis ubat untuk mengurangkan asid dalam perut anda. Namun, disebabkan kami tidak mempunyai maklumat lengkap tentang sejarah kesihatan anda, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dahulu dengan doktor di klinik berdekatan anda untuk mendapatkan kepastian kerana rawatan setiap penyakit memerlukan maklumat tambahan tentang kesihatan anda dahulu. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.