Sulit
2 tahun
Mata rabun sewaktu berumur
Hi doc, saya remaja berumur 16 tahun ingin bertanya, saya dok mengalami rabun jauh sewaktu umur saya 9tahun dan pada masa itu saya tidak mempunyai kaca mata, saya mula memakai kaca mata pada umur saya 14tahun dan ketika power mata saya diukur adalah tinggi iaitu 800 ke atas. Saya ingin bertanya dok, adakah saya berisiko mengalami buta pada masa hadapan, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, biasanya, rrabun adalah gangguan kecil yang boleh dibetulkan dengan cermin mata, kanta sentuh atau pembedahan. Tetapi dalam kes yang jarang berlaku, jenis progresif yang dipanggil miopia degeneratif berkembang yang boleh menjadi sangat serius dan merupakan punca utama kebutaan.
Walau bagaimanapun, ini sangat jarang berlaku dan jika anda perlukan keterangan lebih lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor