Sulit
3 tahun
Rabun jauh dan rabun silau meningkat
Saya wanita 18 tahun,Doktor kalau pakai kaca mata kerap power boleh naik dengan cepat kah? Mana yang lebih baik pakai kaca mata selalu atau pakai kaca mata bila perlu saja? sy risau masih muda lgi tp power rabun saya naik 600…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setelah anda dinyatakan rabun jauh atau dekat dan telah dikoreksi dengan menggunakan cermin mata, anda hendaklah sentiasa memakai cermin mata tersebut. Hal ini adalah kerana setelah dikoreksi, mata anda akan menjadi lebih bagus jika menggunakan cermin mata. Namun, jika anda tidak kerap memakai cermin mata, mata anda perlu bekerja lebih keras untuk fokus kepada sesuatu objek yang anda lihat. Oleh itu, power mata anda akan menjadi bertambah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.