Sulit
3 tahun
Power spek mata belah kanan lebih tinggi berbanding sebelah kiri
Mata belah kanan power tinggi iaitu 300…mata kiri pula hanya 100 shj… Adakah disebab mata belah kanan tu juling mnybbkn power spek saya makin ari makin naik… Adakah memberi kesan kpd mata saya…
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah rabun yang tidak sama kuasa cermin mata. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk maklumat anda, rabun jauh memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Kedua belah mata yang rabun boleh mempunyai kuasa yang berbeza bergantung kepada keadaan mata anda.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk konklusi yang tepat mengenai penyebab masalah rabun mata anda.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.