Sulit
2 tahun
Mata kiri merah dan sedikit kabur
Saya nak bertanya mata kiri suami saya merah dan tidak sakit , tetapi sedikit sepet dan kabur bila siang hari bila malam ok , dah pergi klinik tetapi masih tidak baik dan masih merah dan kabur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan mata suami yang merah dan kabur pada siang hari. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca mata merah. Antaranya adalah:
- Jangkitan
- Allergi
- Mata kering
- Mata yang keletihan
- Kecederaan
Bagi mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh suami anda, anda amat disarankan untuk merujuk suami anda kepada doktor agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi doktor secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda, terima kasih.